Saturday, June 30, 2012

Tutorial Projek 001 : LED Chaser dengan PIC18F

Hasil eksperimen kali pertama..
Salam..
Program pertama yang saya gunakan untuk belajar PIC adalah program mengawal ouput. Untuk newbie boleh lah belajar hidupkan LED, running light, knight rider, LED chaser dan sebagainyalah. Koding yang saya gunakan memang mudah, sebab menggunakan kaedah yang panjang copy and paste urutan LED.

Untuk koding program boleh klik link ini : Projek 001 LED Chaser Coding_Lanun

sedang muat turun program AstanaDigital PIC Programmer

PIC 18F dan Litar ouput (LED 8pcs)

Sumber kuasa dari USB 5V

Cubaan pertama eksperimen PIC.



Litar PIC 18F4550 sedia di program..

Salam..
Kali ni saya nak sharekan circuit PIC18F4550 yang saya guna. Litar nya saya ambil dari sahabat saya merangkap tok guru juga, En Chong. Ia  litar pcb PIC18F yang kecil, dan mesra pengguna sesuai sangatlah untuk membuat eksperimen dan projek.

Kos membinanya lebih kurang RM60-70

Untuk programmer saya sudah gunakan dua jenama, iaitu Cytron dan Astana Digital. Masing masing berfungsi dengan baik. Gambarnya dibawah.

Programmer astana Digital, untuk PIC 16 dan juga 18F, 
Kos pembelian lebih kurang Rm60.

Selamat datang..

Salam..
Saya ucapkan selamat datang ke blog Lanunhobby, disini InsyaAllah saya akan berkongsi beberapa projek masa lapang untuk tatapan semua. Bukan untuk mengajar tetapi untuk berkongsi.

Buat masa sekarang saya sedang sibuk belajar berkaitan dengan PIC 18F4550. Ianya agak mencabar tetapi perlahan lahan saya akan cuba menguasainya demi anak murid ku semester depan. Actually lama sudah saya ingin mencuba dan mempelajari PIC tetapi kesempatan masih tidak memihak pada saya.

Untuk memulakan hobby baru ini saya telah menggunakan kelengkapan berikut :

1. MPLab 8.66
3. PIC Programmer
4. PIC18F4550
5. Power supply 5V ( boleh dari USB)
6. Komputer sudah semestinya..

Sehingga berjumpa lagi dalam post akan datang..