Saturday, July 21, 2012

Tutorial ADC Analog Digital Converter dalam PIC18F4550

Aplikasi ADC dan LCD

Salam..

Pengenalan 
Banyak isyarat elektrik di sekeliling kita adalah analog. Ini bermakna kuantiti berubah secara langsung dengan kuantiti lain. Kuantiti pertama kebanyakannya voltan manakala kuantiti kedua boleh menjadi apa-apa seperti suhu, tekanan, cahaya, berkuat kuasa, atau pecutan. 

Sebagai contoh dalam LM35 sensor suhu voltan keluaran berubah mengikut suhu, jadi jika kita boleh mengukur voltan, kita dapat mengukur suhu. Tetapi kebanyakan MCU (PIC) adalah digital.  MCU hanya boleh membezakan antara tahap TINGGI atau RENDAH pada pin input. Sebagai contoh jika input adalah lebih daripada 2.5V akan dibaca sebagai 1 dan jika ia adalah di bawah 2.5, maka ia akan dibaca sebagai 0 (dalam kes sistem 5V). 

Jadi kita tidak boleh mengukur voltan secara langsung dari MCU. PIC18F mempunyai unit ADC yang menukar analog ke digital. Ia akan menukarkan voltan kepada "nilai" yang boleh diproses oleh PIC kita.


Friday, July 20, 2012

Tutorial Sambungan LCD 16x2 (cytron) ke PIC18F4550

Salam.. Kali ini saya nak kongsikan sambungan LCD kepada PIC18F4550 kita. Ini adalah sambungan yang asas untuk setakat ini. Apa yang anda perlukan ialah :

  1. LCD 16x2 
  2. Target board ( litar PIC18F4550 anda ) 
  3. Jumper wire ( saya prefer rainbow cable female to female) 
  4. Perintang boleh laras ( 5Kohm atau nilai lain)


Sambungan nya adalah seperti imej dibawah,

klik untuk paparan lebih besar...

Sedikit penerangan :
  • Kegunaan perintang boleh laras adalah untuk mengawal kejelasan karakter perkataan yang dipaparkan. 
  • Anda boleh tambah pada LED+  satu perintang untuk mengurang kecerahan backlight LCD.


Tuesday, July 10, 2012

Tutorial Aplikasi LDR dan LCD 16x2 menggunakan PIC18f4550


Salam...

Kali ini saya sharekan lagi sekali aplikasi LDR, untuk eksperimen ini saya menggantikan LED dengan LCD 16x2. Kendalian litar ini adalah seperti berikut:

  1. Situasi "terang" LCD memaparkan "LIGHT DETECTOR SYSTEM"
  2. Sekiranya "gelap" LCD papar "DARK!!" line 2 "LAMP WILL ON"
Untuk line 2 semasa keadaan gelap, saya menggunakan lcd_clear dan delay_ms untuk membuat ayat tersebut berkelip kelip. Seperti eksperimen sebelum ini, kepekaan LDR boleh dilaras dengan perintang boleh laras pada litar LDR.




Monday, July 9, 2012

Aplikasi LDR menggunakan PIC 18F4550


Salam...
LDR merupakan antara komponen yang popular dalam mebuat projek elektronik. Kelebihan LDR yang mengubah kerintangan mengikut cahaya yang masuk ke bahagian atasnya membuatkan ia sangat berguna. Jadi kali ini saya menggunakan komponen berikut sebagai suis yang mengawal LED.

Komponen yang saya gunakan :


Monday, July 2, 2012

Tutorial MCLR Fungsi Reset pada PIC18F


Salam..
Nak share update yang saya lakukan pada board PIC18F4550 saya, iaitu butang RESET. Saya paterikan suis secara "active low".  Litar saya gunakan adalah seperti dibawah. Alternatif pada litar adalah anda hanya perlu sambung suis antara pin MCLR dan ground.

Fungsi RESET? fungsinya adalah untuk membawa program kepada garis permulaan, apa sahaja nilai atau data akan kembali kepada asal seperti baru sahaja memulakan program anda. Mungkin jarang guna, tapi mungkin satu hari nanti anda akan gunakan lebih lebih lagi untuk education purpose.

Selamat mencuba.
Sambungan yang boleh anda gunakan...
Suis reset saya, ia tidak sekali dengan PIC board saya.