Thursday, February 14, 2013

Tools : Aksesori Soldering

Salam...
Apa yang anda guna untuk memegang board PCB semasa proses soldering? rakan anda sendiri? atau sekadar di atas meja dan board anda PCB anda bergoyang goyang? sehingga mudah berlaku kesalahan dan hasil kerja yang tak cantik. 

Saya syorkan kepada anda yang benar benar berminat dengan kerja kerja elektronik mendapat kan "helping hand" atau "soldering iron stand with magnifier and clip" seperti gambar dibawah. Dengan melabur tidak lebih dari RM50 anda boleh dapat seperti alat dibawah. Pasti membantu!


Yang bawah ni pula hanya RM30. 


Saya syorkan anda search di www.lelong.com.my untuk pilih yang mana satu anda berminat.

Litar Relay Sebagai Pengawal (Swtching) 240V

Salam...
Relay, satu komponen yang sangat meluaskan penggunaan nya. Ianya adalah suis yang membolehkan kita mengawal litar atau peralatan lain dengan menggunakan output dari sesuatu litar. Saya pernah mencuba satu litar dan hasilnya agak memuaskan. Saya kongsikan dengan anda litar nya dibawah.

Litar ini saya gunakan utnuk menerima output dari litar PIC kemudian disambung pada pin IN 1. LED akan menyala apabila relay diaktifkan dan Pin relay akan berubah dari NC1 kepada NO 1. Kaki COM contohnya anda boleh sambungkan kepada 240V (L) seperti gambar no2. Tetapi INGAT!! apabila menyambungkan AC sila berhati hati. Ia boleh membawa kecederaan! HIGH VOLTAGE!

1 lagi peringatan jika menggunakan AC voltage, Track bagi laluan AC mestilah luas dan tebal untuk mengelakkan litar hangus. 


Litar Motor Driver L293D Modul

Salam...
Untuk mengawal motor kita bukan sahaja boleh menggunakan litar relay seperti yang saya kongsikan sebelum ini. Kita juga boleh menggunakan IC L293D bersama mikropengawal PIC. Dengan menggunakan IC L293D kita dapat mengawal dua motor serentak untuk forward dan reverse. 

Macam macam boleh kita aplikasikan dengan kebolehan tersebut bukan? Robot? Remote Control Car? Line Follower Car? dan bermacam macam lagi.

Antara litar boleh digunakan adalah seperti dibawah :

Sumber Google

  • Pin 4, 5, 6 dan 7 disambung pada PIC anda (atau apa sahaja litar mikrokontroller anda)
  • Pin 4, 5, 12, dan 13 adalah ground (beri ruang copper yang luas untuk kurangkan panas)
  • Vss/Logic Supply (pin 16) 4.5V hingga 36V
  • Drive Supply / Vs (untuk motor pin 8) dari 4.5V hingga 36V 

Contoh litar lain yang lebih baik :

Sumber ebay Electronic Salon

Wednesday, February 13, 2013

Litar Kawalan Motor Guna Relay Foward Reverse

Salam...

Saya kongsikan salah satu litar yang mudah untuk mengawal motor bagi pergerakan forward atau reverse. Motor yang digunakan sebagai contoh DC motor, Tamiya, RC Motor, dan power window. Litar menggunakan 2 relay SPDT. yang bertindak sebagai pensuisan. Komponen bagi membina litar ini ialah :

  1. Diode 1N4001 ( atau diode lain yang sesuai)
  2. Relay ( SPDT) 5v 10A Songle
  3. Suis Push Button
  4. Motor
  5. Bekalan kuasa yang sesuai.